Doaku

Doaku

I Promise ! =)

Tuesday, October 11, 2011

11/10/11~ a unique date!

Assalamualaikum and Hello Kawan2...

1st of all,thanx to all yang wish bufday Nadia today at FB, BBM, YM, WhatsApp, Call, Texting dan Nadya sangat2 terharu bila korang still lagi ingat my special Date ni...

But pape pon Nadya nak wish a very2 thank U to my parents yang dah melahirkan Nadya ke Dunia ni dan dah banyak berkorban everything utk membesarkan anak dara mereka yg sorang ni sampai la ke saat ni...

sedar2 umur Nadya pun dah meningkat 24 tahun hari ni...satu angka yang bole dikatakan cukup matang! 

hopefully utk tahun yg ke 24 Nadya hidup di muka bumi Allah ni Nadya lebih berfikiran matang dalam menjalani kehidupan sehari2an.InsyaAllah...Amin...

Selain tu di hari Lahir Nadya ni jugak Nadya berdoa supaya Nadya dapat tamat belajar On time...dan murah rezeki dunia Akhirat dan permudahkan segala urusan Nadya dalam segala hal dan yang penting Allah ringankan jodoh Nadya....

Thanx to all my fren especially yang rapat2 dgn Nadya, sambil2 korang doakan Nadya panjang Umur, sempat jugak korang selit moga Nadya bertemu jodoh yg sesuai utk Nadya kan? haha...thanx kawan2...InsyaAllah...kalau sampai seru, pasti kad jemputan kahwin sampai kat tgn korang nnti...Ahaks! ;-)

Dan di kesempatan ini, Nadya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada sesorang...even bufday Nadya blom lg sampai tarikh nyer,sng kate ada lg seminggu before my bufday tu, anda dah wish ciap2  kan? and yesss! anda org pertama yg wish pada Nadya! bukan sekali, tapi 4 kali!! hahahaha...terharu Nadya!

bkn pe, dier takut kalau2 x berkesempatan...dan wish kali keempat tu sumpah unexpected!! Nadya ingat mmg dier takkan sempat punye la nak wish on my special day today...alih2 pukul 1 pg dapat juga text messaging dari anda! i'm touched! thank U so much kpd anda yang selalu mengingati tarikh hari lahir sy.and thanx for the full moon bufday gift tonite =)

Thank U coz from the last day we met, anda berusaha utk mengembalikan semula senyuman kpd Nadya.dan Nadya bersyukur kepada Allah kerana disebabkan anda jugalah Nadya mampu tersenyum kembali dan jalani kehidupan seperti biasa. No more pain.Tapi x taulah sampai bila senyuman ni mampu bertahan..kita masing2 tak tahu kan apa future akan bawakan berita utk kita? ;-)

Apa2 pun, kepada 'Anda' (im sure u will read this one day), Nadya hanya serahkan takdir kita kepada Allah. Nadya dah buat sebaik yang mungkin. Yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu datang dari kita, hambaNya yang lemah.  Kita hanya mampu berdoa dan berserah pada Allah selagi terdaya =)

kepada kawan2 semua, kat cni Nadya nak share something utk di baca tyme hari lahir korang...tepat pukul 12 malam 11/10/11 tadi...Nadya baca doa ini... Nadya dapat doa ni dari blog seseorang....Mohon dihalalkan utk di share bersama di blog Nadya ni and...... lets share together! ;-)


"Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.
Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu…Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.
Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah…namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.
Dalam usia begini…aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini…aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.
Ya Muhaimin…pimpinlah tangan hambaMu ini…pimpinlah hati hambaMu ini…pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus… sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.
Ya Al Hakiim…berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.
Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar… peliharalah aku  ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.
Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.
Amin Ya Rabbul Alamin."

Come enjoy my simple bufday girl picture ;-)

*
*
*
*
*
*
*
*
*












0 Da BesT CoMMeNt:

Post a Comment