Doaku

Doaku

I Promise ! =)

Thursday, December 1, 2011

Puisi Zahiril untuk Isteri Tercinta!

Zahiril berpura-pura terjumpa kertas dalam tuxedo, ketika itu Shera sedang khusyuk mendengar lagu I will always love you – ungu, yang dinyanyikan abang Zahiril, tiba-tiba Zahiril bangun dan menujukan puisi buat isterinya, yang magisnya ada mic tersembunyi dalam tuxedo beliau.


Puisi ni dicipta khas untuk isteri dia, Shera :)



“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.


Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, 
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, 
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.


Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, 
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana. 
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu. 
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam, 
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik. 
Setiap nafasku.


Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, 
bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.


Isteriku, Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku, 
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,
Selamat menjadi menantu ibu bapaku, 
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku, 
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.”


 

Muka Zahiril cam takde mende jer.Cam relax jer ngn gimik yang akan dipersempahkan nanti.




Cecece...buat2 la mencari sesuatu dalam tuedo tu ea.
x sangka jugak mic dah disembunyikan siap2.
Memang satu kejutan buat Shira =)


Zahiril meluahkan rasa hati nya dalam bentuk puisi untuk isteri beliau.


Shira dh start terharu ;-)



Sangat beruntung pasangan ini !! hehe  =)



Aduhhh!! Suweeetttt nyer dapat Suami cenggini.Zahiril memang romantik!
Kalau Nadya kat tempat isteri dia tyme tu pun memang dah terharu habis sambil leleh2 airmata dah.
aicehhh! =D

Yang menjadi persoalannya sekarang, ada harapan lagi ker nak dapat suami cenggini yang boleh menulis dan membaca sendiri puitis yang ditulis tu di khalayak ramai tanpa segan silu??

Haha...semua nya terpulang pada rezeki masing2 la ea.
Apa yang kamu dapat sekarang ni adalah yang terbaik juga bagi kamu.
Jadi bersyukur lah dengan apa yang ditakdirkan untuk kamu.
=)

3 Da BesT CoMMeNt:

Ainul Hayat said...

Ada seorang kenalan begini. Suka berkarya macam Zahiril Adzim. Juga membuat puisi buat isteri sebelum selamat diijab kabulkan.

Hidayah said...

untungnyeee dapt suami macm tu =)
moga berkekalan kan.

dylanamyra said...

memang sangat untung dapat suami cenggini...hope ape yang dier luahkan tu dier tunaikan utk masa akan datang =)

Post a Comment