Doaku

Doaku

I Promise ! =)

Friday, November 4, 2011

|Kerana Kamu Tulang Rusukku|


WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Bagi kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).


Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Begitu juga dengan semua LELAKI di dunia ini. Semua LELAKI akan mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat dia menemukan WANITA untuknya, dia tidak lagi merasakan sakit di hatinya…


Kisah ini sebagai contoh..

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan yang ada. Hidup mereka menjadi suatu yang membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuatkan mereka mulai menyisihkan impian dan cinta di antara satu sama lain. Mereka mula bertengkar dan pertengkaran itu menjadi semakin tegang.

Pada suatu hari di akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.
Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak cintakan saya lagi!!!”. LELAKI sangat benci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak “Saya menyesal dengan perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!”

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali dengan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin dapat diceduk kembali. Dengan linangan air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

“Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing” .

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negara tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan orang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasa sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan…

LELAKI : Apa khabar?

WANITA : Baik… kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI : Belum.

WANITA : Saya akan pergi ke New York dengan penerbangan selepas ini.
Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan.
Kamu tahu nombor telefon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, ingin berlalu dan di hujung lafaznya “Selamat tinggal…”

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahawa selama ini sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang dengan bodohnya telah dia patahkan.

Daripada kisah ini,terfikirkah kita tulang rusuk di dalam badan kita ini milik siapa..siapakah pemiliknya yang hakiki dan abadi seperti ketentuan Allah s.w.t.?

Saya turut tertanya, adakah pemilik tulang rusuk ku ini masih hidup? Adakah masih wujud kesempatan untuk aku berjumpa dengannya dan menyatakan cinta? Semuanya masih samar..

Sebagai seorang hamba yang masih menginginkan jawapan daripada setiap persoalan ini, saya harus sentiasa mendoakan pemilik tulang rusuk ku ini masih ada dibumi Allah s.w.t., berada dalam keadaan yang sihat dan bahagia.
 Berdoa juga semoga dia akan menjadi pembimbing ku ke arah yang lebih sempurna dengan iman dan Islam yang dimilikinya. 
Apabila wujud kesempatan untuk kita nanti,jagalah pemilik tulang rusuk ini dengan penuh kasih sayang yang sentiasa mekar walaupun pelbagai halangan dan dugaan perlu dihadapi kelak. 

Jangan dipersiakan peluang yang diberikan oleh Allah s.w.t. pada kita nanti..

0 Da BesT CoMMeNt:

Post a Comment